Anjung Utama  |  Profil  |  Perkhidmatan  |  Tempahan Online  |  Galeri  |  Syarikat Sekutu  
 
 
    Muat Turun e-Brochure
  DVD Promo
  Video Testimoni
 
  Pengantin Pilihan
 
 
 
 
  Iklaneka
 
 
 
 

ARKIB BERITA TERDAHULU

 

11 OGOS : AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1431

Ramadhan datang kembali... semuga Ramadhan kali adalah yang terbaik dalam hidup kita InsyaAllah dan mudah-mudahan Madrasah Ramadhan dapat mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa kepadaNya.

18 JUN : DJU LOUNGE KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Kini DJU mempunyai lounge sendiri bertempat dialamat yang sama. Sedia untuk menerima tempahan dari pelanggan-pelanggan. DJU lounge boleh menampung sehingga 32 orang pada satu-satu masa.

Dilengkapi dengan bilik berhawa dingin dengan muzik, lcd projektorsistem audio/video sesuai majlis-majlis perpisahan, keraian, hari jadi, famili gadering, meraikan pelanggan dan lain-lain majlis sosial. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 malam.

Harga pakej dari serendah RM100/meja (6 orang) tersedia dengan 4 menu istimewa untuk pilihan pelanggan.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-90756899 atau SMS ke 019-274 6554 atau email: sales@djucatering.com

08 NOVEMBER: CUTI-CUTI SEKOAH & CUTI-CUTI MALAYSIA

Musim cuti sekoah datang lagi....diiringi pula dengan musim "orang kahwin" di ikuti pula berbulan madu dan berbagai-bagai musim lagi. Kepada pengantin baharu dan bakal-bakal pengantin rancanglah percutian berbuan madu anda di Malaysia sempena dengan musim Cuti-cuti Malaysia , banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi.

Bersempena dengan musim orang "begelat " DJU mengucapkan selamat pengantin baru kepada semua pengantin baharu khususnya kepada pengantin-pengantin kami.

Kami sentiasa mendoakan semuga anda dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki serta dikurniakan anak yang soleh dan solehah amin...

 

23 MEI 2009: SELAMAT PENGANTIN BAHARU KEPADA ZAMARUL & DIANA

Akhirnya Zamarul mengakhiri zaman 'duda' bersama gadis pilihanbya iaitu Diana Rafar setelah bersahabat selama 8 tahun.

Majlis pernikahannya telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam pada 16 Mei 2009.

DJU Catering telah diberi kepercayaan untuk menguruskan majlis bertandang dirumah Zamarul yang diadakan pada 23 Mei 2009 di Bandar Baru Bangi. Majlis yang penuh kemeriahan turut dihadiri oleh rakan-rakan artis termasuklah Bagio dan isteri, Nasir Wahab, Sharifah Sahirah dan beberapa artis lain.

" SELAMAT PENGANTIN BAHARU " kepada Zamarul & Diana semuga bahagia hingga keakhir hayat, amin.

Pengurusan DJUCSB

GAMBAR-GAMBAR SEMPENA MAJLIS PERSANDINGAN ZAMARUL & DIANA

 

1 MEI 2009 : PAKEJ PERKAHWINAN 2010

Pakej Perkahwinan Tahun 2010 mungkin akan mengalami sedikit kenaikan selaras dengan kenaikan bahan utama

seperti ayam dan daging. Kenaikan harga petrol dan disel yang diramalkan pada tahun 2010 juga merupkan penyumbang terbesar kenaikan tersebut.

Pakej-pakej yang dijangkakan mengalami kenaikan adalah Pakej Seri Dewan, Pakej Lengkap dan juga Pakej Ekonomi.

Maklumat rasmi akan diumumkan dilaman web ini sekiranya berlaku sebarang perubhan harga pakej-pakej berkenaan.

Pengurusan DJUCSB

17JANUARI 2009: TAHUN BARU-PENGANTIN BARU-WARNA TEMA BARU

Kemeriahan dan keceriaan majlis perkahwinan anak perempuan Tn Hj Ismail Hj Hashim yang berlangsung pada hari ini telah diceriakan dengan warna tema terbaharu "blue turqoise" Warna pilihan pengantin, Pn Norazrin begitu terserlah dan menarik hasil rekacipta CREW DJU yang mahir dan berinovatif.

" SELAMAT PENGANTIN BAHARU " kepada Pn Norazrin dan En Mohd Nazarullah semuga bahagia hingga keakhir hayat.

Pengurusan DJUCSB

 

1JANUARI 2009: PAKEJ PERKAHWINAN 2009

Phamplet terbaharu "Promosi Perkahwinan 2009" sedia untuk dimuat turun. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk musim-musin cuti persekolahan iatu bulan Mac, Mei / Jun, Ogos serta November / Disember 2009.

Banyak kelebihan-kelebihan membuat tempahan awal seperti dapat memilih warna tema yang menarik, peralatan-peralatan yang terbaharu serta dapat merancang bajet untuk majlis bekenaan.

Bagi pakej Seri DJU tempah awal diperlukan kerana pakej ini menyediakan Kad Jemputan Perkawinan dan sudah tentu memerlukan tempahan awal.

Kami berbangga dapat berkhidmat &mengguruskan majlis yang bersejarah dalam hidup tuan-tuan dan puan-puan.

Pengurusan DJUCSB

 

3 DISEMBER 2008: CUTI EIDUL ADHA 1429H

Sempena dengan Hari Raya Eidul Adha yang dijangkakan pada 8 Disember 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1429, DJU Group akan ditutup dari 8 - 9 Disember 2008 dan akan beroperasi seperti biasa pada 10 Disember 2008.

Saya bagi pihak syarikat mengucapkan " Selamat Hari Raya Eidul Adha " semuga semangat Eidul Adha atau Hari Raya Qurban ini dapat membentuk peribadi muslim yang sebenar sejajar dengan semangat Eidul Adha itu sendiri iaitu " Pengorbanan "

1 DISEMBER 2008: PAKEJ TERBAHARU !!!

Pakej terbaharu ini menggabungkan 3 elemen iaitu " Keceriaan, Keselesaan dan Kemeriahan " Pakej bercirikan 3K, direka dan diadun khusus untuk pelanggan-pelanggan yang mempunyai budget dan ingin menjadikan majlis perkahwinan mereka begitu bermakna seolah-olah diadakan di hotel ternama.

Pakej ini sesuai diadakan di dewan-dewan yang exkelusif seperti Dewan Komplek Kastam Kelana Jaya, Dewan Presint 8, Dewan Puspanitapuri De' Seri Endon,Putra Jaya, Dewan Komplek Sukan DBKL Bukit Kerinci, Dewan PPL UPM dan lain-lain.

Konsep pakej ini adalah hidang menggunakan menara hidang (Dome) dan perkhidmatannya secara " in-out " . Tempahan minima untuk pakej ini adalah 600 pax

.

30 NOVEMBER 2008: PHAMPLET TERBAHARU !!!

Phamplet terbaharu sudah diedarkan mulai hari ini dan edisi Internet akan menyusul kemudian. Promosi Perkahwinan 2009 menjadi tema phamplet terbaharu ini.

1 7 NOVEMBER 2008: CUTI SEKOLAH SUDAH BERMULA

Cuti sekolah datang lagi, maka bermulalah musim perkahwinan dan sudah barang pasti semua syarikat katering akan sibuk memenuhi tempahan pelanggan. Sempena dengan cuti sekolah ini juga saya bagi pihak syarikat, mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada semua pelanggan yang telah menempah pakej perkahwinanan DJU. Kepada mereka di doakan semuga dimurahkan rezeki serta dikurniakan zuriat yang baik serta dipanjangkan jodoh hingga keakhir hayat.

1 NOVEMBER 2008 :IKLAN JAWATAN KOSONG

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di DJU Grroup seperti iklan yang dilampirkan. Tarikh tutup permohonan adalah 15 November 2008. Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga pada 17 November 2008.

30 OKTOBER 2008 : MUSIM HAJI TIBA LAGI

Musim Haji tiba lagi..Suasana begitu dirasakan sekali. Lambaian Kaabah seolah-olah berada dihadapan kita, gema talbiah terngiang-ngiang diteliga persis diri kita berada ditanah suci Mekah Al-Mukarramah. Kepada bakal-bakal haji didoakan supaya selamat perjalanan pergi dan kembali mudah-mudahan dikurniakan Allah s.w.t dengan Haji yang Mabrul khususnya kepada pelanggan DJU berikut:

i ) Encik Kamal bin Sahid dan Isteri serta kakak - Bertolak pada 4 November 2008

ii) Encik Razak Yunus dan isteri - Bertolak pada 5 November 2008

iii ) Encik Abd Rahman Othman dan isteri - Bertolak pada 9 November 2008

iv )Cikgu Adnan Dorani & Isteri - Bertolak pada 14 November 2008

Amin ya Allah, amin ya Rahim , amin ya rabbal a'lamin !!!

• 2 SEPTEMBER 2008 : BAZAAR RAMADHAN DJU CAFE

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini DJU menganjurkan Bazaar Ramadhan dihadapan DJU Cafe. Kemeriahan pada pertama begitu terserlah semalam. Pelbagai juadah disediakan seperti Gerai Nasi Beriani, lauk-lauk nasi campur pelbagai jenis kuih, minuman seju dan panas, buah-buahan dan pelbagai juadah. DJU juga menyediakan 4 pakej berbuka puasa untuk 4 orang dan 8 orang dar harga serendah RM60 disamping buffet menu dari RM20 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM12. Butiran Pakej klik disini. Datanglah beramai-ramai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang pastinya "Fresh" dan membeli juadah untuk dibawa pulang.

• 1 SEPTEMBER 2008 : AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN !!

Ramadhan menjelang lagi, begitu pantas rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Ini bererti setahun lagi bertambah usia kita, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini adalah lebih baik Ramadhan tahun-tahun yang lalu, IinsyAllah Saya bagi pihak seluruh wargakerja DJU Catering dan DJU Cafe mengucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada pelanggan kami

1 JULAI 2008 : KENAIKAN KOS BAHAN MENTAH MENJEJASKAN HARGA PAKEJ KAMI

Kenaikan berterusan harga bahan mentah dipasaran global telah menyebabkan harga barangan tersebut dipasaran tempatan turut terjejas. Harga bahan mentah utama sepereti beras (basmathi & beras biasa) minyak masak, ayam, daging import, minyak sapi meningkat sehingga mencecah 10% - 40% dalam tempoh 5 bulan tahun 2008 dan yang terbaharu ais kiub naik 20%. Ketidakstabilan harga sayur-sayuran tempatan juga turut menyumbang kenaikan kos kami.

Pengumuman kenaikan harga petrol/Disel baru-baru ini sebanyak 40% memberikan kesan yang ketara kepada semua bahan keperlua harian termasuklah keperluan katering.

Selaras dengan kenaikan harga bahan-bahan mentah dipasaran tempatan, pengurusan DJU Catering Sdn Bhd dengan rasa berat hati ingin memaklumkan kenaikan harga bagi semua pakej katering kami berkuatkuasa sertamerta. Harga rasmi pakej kami adalah seperti yang disiarkan dilaman web kami

Sekian.

 

(HJ AYUB BIN HJ ATAN)
Pengarah Urusan DJUCSB

 
 
 
  Kalendar DJU
 
 
  Survey
 
Apakah Pakej Perkahwinan pilihan anda di DJU Catering?
Ekonomi
Standard
Lengkap
Xtra
VVIP
Seri DJU
| Keputusan Survey
  Links
 
 
 
 
 
Jumlah pelawat: 
 
© 2007 djucatering.com