DJU CATERING telah ditubuhkan pada 3 disember 2002 yang beralamatkan No.11, lorong CP4/36A, Cheras Perdana, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Syarikat ini mula beroperasi pada tarikh yang sama. Penubuhannya sejajar dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan.
Setelah beroperasi lebih kurang 5 tahun DJU Catering semakin berkembang dan keadaan ini memerlukan status syarikat ditukar dari 'sole proprietor' kepada Sdn Bhd dan telah terlaksana pada 1 Januari 2008.
Sebagai sebuah syarikat berpengalaman dengan di bantu oleh beberapa tenaga mahir, DJU Catering sedia menerima tempahan makanan bermasak serta kering untuk majlis-majlis:
- Majlis Perkahwinan
- Majlis Makan Malam Amal
- Jamuan Korporat
- Doa Selamat / Tahlil Arwah
- Jamuan Hari Raya
- Mesyuarat / Seminar / Kursus
- Pelbagai majlis lain
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan set kanopi berserta scallop, kerusi-meja, pinggan mangkuk dan lain-lain yang berkaitan.
|