Anjung Utama  |  Profil  |  Perkhidmatan  |  Tempahan Online  |  Galeri  | Cawangan | Syarikat Sekutu  
 
 
    Muat Turun e-Brochure
  DJU Lounge e-Brochure
  Video Testimoni
 
  Pengantin Pilihan
 
 
 
 
  Iklaneka
 
 
 
BICARA PENGURUS

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

DI RENJIS-RENJIS DI PILIS ....

Nadiah & Johan
  • PENGANTIN PILIHAN MINGGU INI !!
  • Nama Pengantin: NUR ‘AYUNI BINTI OTHMAN & MUHD RIDHUAN BIN NADAR
  • Tarikh : 15 Oktober 2011 / 17 Zulkaedah 1432
  • Tempat : SHAH ALAM, SELANGOR.

Kepada pengantin-pengantin yang tidak terpilih menghiasi laman web DJU kami minta kemaafan dan juga kepada pengantin yang dipilih, kami memohon kemaafan kerana tiada keizinan dari kalian. Harap maaf !!!

 

COMPANY TRIP & HARI KELUARGA DJU GROUP 2012 !!!

 

"DJU Company Trip & Family Day 2012" Kali ini Trip DJU ke Bukit Tinggi, Indonesia pada 13-15 Mac 2012. Keseronokan jelas terpancar diwajah peserta rombongan yang berjumlah 36 orang. Lawatan sambil bercuti ini telah diuruskan oleh RAM Travel & Tous, Putra Jaya. Walaupun seramai 17 orang tidak dapat mengikuti rombongan, atas sebab-sebab peribadi namun pada keseluruhannya Trip pada kali ini adalah satu pengalam baru yang tidak dapat dilupakan oleh semua staff DJU Grup [Cafe, Catering, Canopy] Kegembiraan jelas sekali dilihat di foto-foto sepanjang trip berkenaan. Mudah-mudahan trip ini dapat membina semangat baru. Amin.

Foto-foto kenangan.

 

TAKLIM WAL TAKLUM !!!

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

Wallahua'lam

Pengurusan DJU Catering Sdn Bhd

 

 

ARKIB BERITA:
 
 
 
  Kalendar DJU
 
 
  Survey
 
Apakah Pakej Perkahwinan pilihan anda di DJU Catering?
Ekonomi
Standard
Lengkap
Seri Kasih
Seri Dewan
Seri DJU
| Keputusan Survey
  Links
 
 
 
 
 
Jumlah pelawat: 
 
© 2007 djucatering.com